RUMAH MUZIK HUTAN HUJAN
Rumah muzik ini menempatkan koleksi alat muzik dari seluruh dunia, bengkel muzik, serta persembahan pendek secara ‘langsung’ oleh kumpulan pemuzik Tuku Kame yang telah memenangi pelbagai anugerah dan merupakan Juara Dunia kami sendiri. Tuku Kame menggabungkan alat muzik tradisional daripada tiga puluh kaum etnik Sarawak yang mendiami Pulau Borneo, dimainkan dalam irama kontemporari untuk menghasilkan bunyi baharu yang menarik dan memukau.
Baru-baru ini, Tuku Kame telah mengharumkan nama Malaysia di World Championships of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat dari 11-19 Julai 2009, di mana mereka memenangi 4 pingat emas dan Jerry Kamit turut menang dalam kategori Instrumentalis Lelaki Individu dengan 4 pingat emas.
Para peminat muzik boleh membeli barangan merchandise kumpulan Tuku’ Kame’ seperti VCD bertajuk TUKU KAME dan GADONG di Kedai Kraf Tangan Kampung Budaya Sarawak (SCV). Pembelian juga boleh dibuat dengan menghubungi pengasas Tuku Kame, Narawi Hj. Rashidi di [email protected].
Bagi tetamu yang berminat untuk menyertai bengkel muzik interaktif selama setengah jam, bayaran RM15.00 akan dikenakan untuk seorang, termasuk lawatan berpandu di sekitar rumah muzik tersebut.